Biografi Salahuddin Al-Ayyubi
Saduran dari Abul Hassan Ali Nadwai
Judul asli : Saviors of Islamic
Spirit.
Salahuddin
dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdi biasa. Pendidikannya juga seperti
orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan
diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang
tentera Salib bahwa anak Kurdi ini suatu hari nanti akan merampas kembali
Palestina dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka
pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi
kekufuran hingga ke hari ini.
Stanley
Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak
seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak
menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi
orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang
mulia. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar
pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk
menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan
Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah
oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin
bin Shaddad, penasihat utama Salah uddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat
berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke
tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi
itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216).
Pertukaran
Hidup Salahuddin al Ayubi Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba
berubah. Ia yakin bahwa Allah telah mempertanggung jawabkan kepadanya satu
tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah
menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi
pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya.
Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia
dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).
Bahkan
Stanley Lane Poole (1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara
hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang
lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengnepikan corak hidup senang dan memilih
corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia
menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan
Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.
Salahuddin
pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin
Dia juga bermaksud Palestina untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan
Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat
Jihadnya Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah.
Bahauddin telah mencatatkan bahwa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk
berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan
yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk
memperkuat pasukan tenteranya, mencari
mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang
bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam
khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga.
Siapa
saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa saja
yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat
melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan
perang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam
medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu ujung medan
peperangan ke ujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar
berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela
Islam.
Ketika
ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor
peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga senin kerena ia tidak mahu
perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234).
Peperangan
Hittin
Satu
seri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan
tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24
Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian
yang memerintah Palestina telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari
Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay,
Humphrey dari Toron dan beberapa orang
ternama yang lain. Banyak juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah
tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera
Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat
dengan tali khemah.
Mayat-mayat
tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara
salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia
berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati
dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat
memutih dari jauh.
Kecintaan
Salahuddin kepada Islam
Peperangan
Hittin telah menyerahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole
menulis bahwa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan
Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan
perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestina dan Reginald dari
Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian
ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah
bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua
kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan
menuntut bela Muhammad saw atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan
memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari
khemah.
Raja
Palestina apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar karena menyangka
gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya
sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain,
tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang
telah terjadi".
Tindakan
Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad
saw. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila
jamaah haji dari Palestina diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh
Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald
dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk
menyelematkan kamu".
Ketika
ia mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat
menangkapnya. Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin
untuk menaklukkan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahwa Salahuddin
sangat-sangat berkeinginan untuk menawan baitul Muqaddis hingga bukitpun akan
mengecil dari beban yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab,
583H, yaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat
Rasulullah saw. naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah
kemenangan atas kemenangan.
Banyak
orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini.
Kemudiannya
banyak lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir
dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar
datang. Kumandang "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit.
Selepas
90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib
yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat
digambarkan. Hanya Allah saja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin
yang Penyayang
Sifat
penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh
berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun
mengakui hal ini. Lane-Poole men gesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah
mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah
menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.
Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan,
mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang
Kristian diperlakukan tidak baik. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis
di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk
menerima uang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole
juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku
telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku
pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mengumumkan di jalan-jalan
Jerusalem bahwa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan.
Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga
ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung
bilangan mereka. Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk
tentera Kristian ketika menaklukkan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun
1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang
kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang
Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di
atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang
mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan
kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat
bernasib baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayani dengan baik oleh
Salahuddin.
Lane-Poole
juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai
Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling
penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang
Salib Ketiga
Perang
Salib pertama ialah kejatuhan Palestina kepada orang-orang Kristian pada tahun
1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam
peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia
telah menaklukkan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan.
Kekalahan
tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan
dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestina. Hampir semua raja dan panglima
perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The
Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke
of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang
hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya
untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat
dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan
ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi
lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di
Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa
Palestina seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan
Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole
telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah
berlangsung selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai,
1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestina di dalam tangan orang-orang Islam.
Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhanya menjadi
milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada
rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestina
masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas
seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah
mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta
Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar
telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestina untuk mengembalikan
kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang
mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah
terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya
Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam
peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya
mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak
pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan.
Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang
tidak henti-henti, tetapi ketaatan
meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf,
tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan
yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan
kepercayaan kepada tentara-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds,
Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja.
Walaupun mereka berlainan bangsa dan
kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan
dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun
1192.
Lane-Poole
juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin senantiasa syura. Ia mempunyai
majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan.
Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis
ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih
mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada
adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya,
pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai
sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya
menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apapun perbincangan dan
perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada
Salahuddin.
Wafatnya
Salahuddin
Pada
hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas
berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir
Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah
menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta
menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah
boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya
semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu
pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat,
"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan
yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya
berseri dan dengan nada yang gembira ia berkata, "Memang benar".
Selepas
ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah
sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada
rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang
ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk ongkos pengkebumiannya.
Keluarganya terpaksa meminjam uang untuk menanggung ongkos pengkebumian ini.
Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Salahuddin
yang Wara'
Bahauddin
bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan
Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang
berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan
memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah
utama yang diasaskan oleh Rasulullah
saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal
tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir
subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika
sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan
selalu pingsan.
Tetapi
ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat
kerana ia tidak mempunyai harta yang
cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya
kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya
memiliki 47 dirham uang perak dan satu dinar uang emas. Ia tidak meninggalkan
harta.
Bahauddin
juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan
kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun
ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatinya dengan keras supaya berbuka. Lalu
ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal
akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.
Dalam
catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji
ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewafatannya,
keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat
gemar mendengar bacaan Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk
mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juz
semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya
membasahi dagunya.
Ia
juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan
orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis
datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri
membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia
berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis
dibacakan kepadanya.
Salahuddin
sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada
Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem
yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan
tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk
meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk.
Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia
menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.
Pada
tengah malam saya minta supaya ia beristirahat tetapi jawabannya, "Ku
fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun
bangun dan pergi mendapatkannya. Aku
dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam"
katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat
kepada Allah memohon pertolongan-Nya".
Lalu ia
bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"
Aku
menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa.
Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid,
sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat
Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah
membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau
bermunajad-lah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan
segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu.
Aku yakin hanya Engkau saja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting
ini."
Aku
mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan
doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di
sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke
tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda
doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara
musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian.
Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari senin
pagi"
Perangai
Salahuddin
Siapa
yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah,
sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin
bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan
masa untuk rakyat dua kali seminggu, yaitu pada hari senin dan selasa. Pada
masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang
boleh berjumpa dengannya.
Ia
sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan
oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada
masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia
belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia senantiasa bertasbih
kepada Allah.
Jika
ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian
memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan
berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak
saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang
membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan.
Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang
itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.
Ia
adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat
benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan
pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang
memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air
muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa
sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata,
"Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya
tanpa menunjukkan kemarahan.
Dalam
ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama.
Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk.
Sebanyak
dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia
belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada
khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku".
Lalu
khadam itu cepat-cepat minta maaf dan
Salahuddin terus memaafkannya. Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa
peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin.
Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya.
Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira
tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu.
Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan
hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya
Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki uang simpanan untuk digunakan
semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga
habis.
Salahuddin
pernah mengatakan ada orang baginya uang dan debu sama sahaja. "Aku
tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak
pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya
tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun
tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia
menyambutnya dengan tangat terbuka, melayaninya dengan hormat dan mengambil kesempatan
menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan
kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggris itu sakit.
Hatinya
memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang
dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang
mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin
sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya
mengatakan ia telah dimaklumkan hanya
Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh
mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera
memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak
lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira
mendoakan kesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin
juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila
ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga
anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim
yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang
upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu
dengan orang sedemikian.
Kesungguhan
dan Semangat Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa
Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk
bangun.
Meskipun
demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya.
Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka
Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang
kuda".
Dalam
ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi
pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin,
Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit,
tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia
menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain
berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda
sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke
khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu
malam".
Dalam
kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi
Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh
bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia
sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia
sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan
kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang
menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada
masa lapang bukannya ketika perang. Apabila menden gar perakara ini ia segera mengarahkan
supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk
dengan sengitnya.
Salahuddin
tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk
menentangnya. Dalam bebeerapa ketika,
tentera Salib berjumahsehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya
dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang,
membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu
petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada
satu petang.
Boleh
dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan
yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh
telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh
khemah-khemah tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan
mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya
mengatur tenteranya kembali sehingga ia
berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan
berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin
ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin
pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam
hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku,
aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan
arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar
untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata
ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku
sampai.
Salahuddin
Sebagai Ulama
Salahuddin
memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku
kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab
walaupun ia sebenarnya orang Kurdi. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan
dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan
dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak
menghafal syair-syair Arab.
Lane-Poole
juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk
mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan
perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur'an.
Rujukan : Bahauddin bin Shaddad.
1234M,632H.
Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat
Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir
(diterbitkan 1317h):31,32-33, 7,155
Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72,
99.
Note : Salahuddin adalah yang
menghidupkan Maulid Nabi Muhammad saw, hingga
Tentara islam terus berjaya.
Semoga artikel ini
bermanfaat bagi kita semua, anda pun bisa mendownloadnya dalam bentuk PDF .
Download PDF
Ikuti Panduan Download jika anda kesulitan untuk mendownloadnya
Jika linknya sudah mati atau tidak bisa mendownload silahkan hubungi Pengelola
Sampai jumpa di artikel berikutnya......
Ikuti Panduan Download jika anda kesulitan untuk mendownloadnya
Jika linknya sudah mati atau tidak bisa mendownload silahkan hubungi Pengelola
Sampai jumpa di artikel berikutnya......
0 komentar:
Posting Komentar